October 14, 2016

Lelaki disyaki PATI lemas

Junaidi Ladjana
am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: lelaki, 20-an, disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui lemas di laut Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, jam 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa ditemui terkapai-kapai oleh penduduk kampung kira-kira 70 meter dari jeti.

"Salah seorang penduduk kampung kemudian terjun untuk menyelamatkan mangsa namun mangsa hilang dari permukaan air. Dengan bantuan seorang lagi penduduk kampung, mereka menyelam dan menemui mangsa sebelum membawanya ke jeti.

"Bagaimanapun, keadaan mangsa sudah tidak bergerak dan mulut berbuih dipercayai sudah meninggal dunia lalu memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen dan dipercayai PATI.

"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

myMetro Jumaat, 14 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment