October 14, 2016

Hilang dekat jeti

Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

Kuching: Nelayan dikhuatiri hilang apabila bot dinaiki bersama rakannya karam selepas dipukul ombak, dekat Tanjung Po, Kuching, malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama rakannya mahu pulang ke jeti berdekatan selepas keluar ke laut, kira-kira 11 malam.

Sumber berkata, ombak kuat dan laut bergelora menyebabkan bot yang dinaiki karam namun seorang daripada mereka berjaya berenang ke pantai untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat bersama aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) sudah digerakkan ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa.

"Maklumat lanjut mengenai operasi pencarian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

myMetro  Jumaat, 14 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment