October 13, 2016

Seorang lagi mangsa meninggal dunia

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Jelebu: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 9, Jalan Jelebu-Kuala Klawang dekat Bukit Tangga di sini, meninggal dunia di Hospital Jelebu, menjadikan dua mangsa terkorban setakat ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Othman Basri berkata, penumpang Proton Saga dikenali sebagai Halimah Ludin, 64, meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan, 8 malam ini.

Menurutnya, sebelum itu, bayi perempuan, Nur Rizqi Aaliya Mohamad Hakim berusia sembilan bulan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, dalam kejadian 4.45 petang itu, Proton Saga dinaiki Halimah bersama empat beranak termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan bayi berusia lapan bulan dari arah Seremban dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapan.

"Kereta mereka bertembung dengan kereta Perodua Bezza yang dinaiki pasangan suami isteri bersama bayi perempuan sembilan bulan yang maut itu serta dua wanita Indonesia yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan di sini.

Othman berkata, mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat pagi esok dan siasatan dijalankan mengikut Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro Ahad, 9 Oktober 2016

1 comment:


  1. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete