tag:blogger.com,1999:blog-25183668485380293702024-03-10T10:45:35.187+08:00DUNIA ITUAdmin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.comBlogger48009125tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-61679086859075435522018-03-12T20:41:00.005+08:002018-03-12T20:41:48.604+08:00Wanita ditemui mati dengan 28 tikamanSHAH ALAM: Seorang wanita warganegara Indonesia maut dipercayai akibat ditikam bertubi-tubi selepas mengajak teman lelaki yang baru dikenali tujuh bulan lalu untuk berkahwin, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.25 malam itu, mayat mangsa berusia 38 tahun ditemui dengan 28 kesan tikaman di leher, tengkuk, perut dan belakang badannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah oleh jirannya yang kebetulan melalui rumah sewa mangsa.

"Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah di Shah Alam ditikam menggunakan pisau dapur yang turut ditemui di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati berlaku pergelutan antara mangsa dan teman lelakinya sebelum kejadian.

"Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang juga teman lelaki mangsa dua jam selepas menerima laporan di Seksyen 13, Shah Alam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam di sini, hari ini.

Baharuddin memaklumkan, suspek yang bekerja sebagai kontraktor pendawaian elektrik itu difahamkan mempunyai masalah mental tetapi pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak hospital.

Beliau berkata, suspek ditahan reman sehingga 17 Mac ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Oleh Ayusliza Azizan

Berita Harian 12 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-88823691028767917532018-03-12T11:58:00.001+08:002018-03-12T11:58:14.137+08:00Penunggang motosikal maut di lebuh raya

Keadaan di lokasi kemalangan meragut nyawa seorang remaja.

REMBAU - Seorang remaja maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 222.1, Lebuh raya Utara-Selatan (arah Selatan), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.05 malam itu, mangsa berusia awal 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik susulan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal di lorong tengah dipercayai telah melanggar bahagian bucu belakang sebelah kanan sebuah lori yang masih belum diketahui di lorong sama iaitu di lorong tengah.

"Susulan pelanggaran berkenaan, mangsa tidak dapat mengawal pergerakan motosikal lalu mangsa terjatuh di lorong tengah. Manakala motosikalnya pula terjatuh di lorong kanan kira-kira 25 meter dari lokasi mangsa.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Anuar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Susulan insiden berkenaan, trafik bergerak perlahan sejauh enam kilometer dari lokasi kejadian. - NOR AINNA HAMZAH

Sinar Harian 12 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-21359570602386399072018-03-12T11:53:00.004+08:002018-03-12T11:53:39.431+08:00Tiada pilihan lain, terpaksa minta bantuan ramai

Mohd Amir Muaz sedang mendapatkan rawatan di HTAA.

KUANTAN - “Kami tiada pilihan lain, hanya mengharapkan sumbangan orang ramai,” kata Khairil Mansor, 38, yang memerlukan bantuan untuk membiayai rawatan jantung dan masalah paru-paru kronik dihidapi anak lelakinya berusia empat tahun.

Khairil yang bekerja sebagai penyelia tapak di salah sebuah syarikat swasta berkata, dia kini tidak mampu menanggung kos rawatan susulan Mohd Amir Muaz yang mencecah ribuan ringgit setiap bulan.

Menurutnya, dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan tidak mencukupi menyebabkan dia tertekan untuk mendapatkan wang terutamany apabila tarikh rawatan tersebut semakin hampir.

“Setiap kali sesi rawatan saya terpaksa mengeluarkan duit RM7,000 hingga RM8,000 bagi kos rawatan pakar dan warded.

“Jumlah itu cukup banyak dan saya akui tak mampu. Tambahan pula saya masih menanggung tiga anak yang masih bersekolah berusia antara 13, 10 dan 8 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Damai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya Gading.

“Malah isteri saya pula tak kerja sebab perlu menjaga Mohd Amir Muaz,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya, dia terpaksa menagih simpati orang ramai memandangkan peluang untuk anaknya sembuh semakin tipis, tetapi rawatan secara bulan tetap perlu diteruskan.

Khairil memberitahu, penyakit jantung yang dialami anak bongsu dari empat beradik itu boleh sembuh apabila meningkat dewasa.

“Doktor ramalkan begitulah tapi untuk masalah paru-paru kronik yang dihadapi Mohd Amir Muaz kemungkinan tak dapat diubati kerana ia sudah rosak sepenuhnya.

“Jadi, Mohd Amir Muaz perlu menjalani rawatan susulan daripada doktor pakar sepanjang hayatnya,” katanya.

Ditanya mengenai kos pembedahan, Khairil berkata, setakat ini doktor masih belum memutuskan perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan secara berkala pada setiap bulan perlu dilakukan bagi memastikan Mohd Amir Muaz sentiasa berada dalam keadaan baik.

Dia yang tinggal di Kampung Seri Damai, berharap ada pihak yang sudi menderma bagi membolehkan anaknya menjalani hidup dengan selesa.

“Saya merayu kepada orang ramai supaya membantu anak saya mendapatkan rawatan dengan sempurna serta menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun 1560-1210-0911 (Maybank) atas Khairil atau menghubunginya di talian 017-9726554. - NORAWAZNI YUSOF

Sinar Harian 12 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-35968153389296772712018-03-12T11:43:00.001+08:002018-03-12T11:43:14.288+08:00Warga emas hidup sebarang kara, terlantar kerana kanser

Bengkak dibahu Mohamed disahkan sejenis kanser.

CHENDERING - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah yang boleh digambarkan selepas melihat kehidupan seorang warga emas yang hidup sebatang kara dan kini terlantar sakit di rumah pusakanya, di Kampung Batu Enam, Simpang Empat, Chendering.

Mohamed Abdullah, 73, yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai adik beradik kini disahkan menghidap sejenis kanser di bahu, sudah tidak boleh menguruskan dirinya sendiri lagi dan hanya mampu terbaring seperti mayat hidup.

Jika dilihat dari mata kasar, keadaan Mohamed yang terlalu uzur itu memang tidak layak dan tidak patut dibiarkan sendirian.

Menurut pesara kerajaan ini, dia bagaimanapun bernasib baik kerana ada seorang sahabatnya yang sudah dianggap saudara sanggup berkorban menjaganya hari ini, meskipun dalam masa sama, terpaksa menjaga keluarganya.

Sahabat dikenali ‘Pak Din’ inilah yang sanggup menguruskan sepenuhnya kehidupan Mohamed termasuk memandikan, beri makan dan menjaga keperluan hariannya.

“Setiap hari ‘Pak Din’ akan datang dua kali iaitu pada waktu pagi dan petang untuk mandikan serta suapkan makan.

“Biasanya, sebelum dia hendak tinggalkan saya, dia akan pastikan saya dalam keadaan selesa termasuk lampin pakai buang yang dipakaikan bersih,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Mohamed berkata, dalam keadaan kesihatannya yang semakin terjejas, dia amat memerlukan satu tempat penjagaan agar dapat meneruskan kehidupan lebih baik.

“Kalau saya sihat memang tak boh (tak nak) duduk kat tempat lain kecuali rumah pusaka ini sebab saya memang biasa dah hidup seorang.

“Tapi sekarang saya tak boleh nak uruskan diri sendiri dah, hanya mampu terbaring dan saya tak sampai hati nak susahkan ‘Pak Din’ lagi,” katanya.

Katanya, disebabkan situasi kehidupan sekarang, dia juga terpaksa menangguhkan pembedahan meskipun tahu kanser itu akan cepat merebak.

“Macam mana saya nak suruh doktor bedah, siapa nak jaga saya sepanjang tempoh pemulihan itu,” katanya sayu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Enam, Simpang Empat, Othaman Ibrahim berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menguruskan penempatan Mohamed di rumah pusat penjagaan di bawah seliaan JKM.

“Kita akan berusaha mempercepatkan urusan penempatan Mohamed,” katanya. - RUBIAH OMAR

12 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-81337651766284005252018-03-12T11:40:00.002+08:002018-03-12T11:40:44.281+08:00'Sotong emas' celah nasi goreng

Mohd Arif bersama menu istimewanya yang menjadi tumpuan ramai.

Nasi goreng dengan 'sotong emas' merupakan air tangan isterinya, Suhana Muhammad.

MENU nasi goreng tiada yang luar biasa tetapi apa istimewanya kedai makan kecil di kampung Pantai, Seberang Pintasan sehingga menjadi tumpuan ramai.

Walau berada di pinggir bandar dan lokasinya tiada dalam 'google maps' tetapi tidak menghalang pelanggan dari segenap ceruk termasuk dari luar untuk merasa keenakan masakan di kedai milik Mohd Arif Abdullah, 44 yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

Nasi goreng hasil air tangan isterinya, Suhana Muhammad, 48 yang pada awalnya kurang mendapat sambutan tiba-tiba sahaja menjadi buruan.

Kata Mohd Ariff yang mengalami masalah penglihatan, tiada rahsia tetapi nasi goreng yang dimasak isterinya mendapat sambutan hangat apabila hidangan sedia ada diberi sentuhan baharu.

Menurutnya, seekor sotong besar dan segar yang digoreng rangup keemasan membuatkan nasi goreng biasa menjadi luar biasa.

“Saya dan isteri sudah lama berniaga hampir 10 tahun tetapi sebelum ini tiada nasi goreng sotong.

“Nasi goreng sotong baru beberapa tahun diperkenalkan tetapi tiada sambutan.

“Tetapi cetusan idea untuk menukar resipi gorengan sotong yang pada awalnya digoreng kunyit biasa diubah kepada sotong goreng celup tepung menjadi.

“Tidak sangka pula ramai penggemarnya, malah pelanggan tetap semakin bertambah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beratus pengunjung sehari

Kata bapa kepada seorang cahaya mata itu, pendapatannya bertambah berganda sejak nasi goreng sotong menjadi popular.

“Kami tidak jual mahal hanya RM 8.00 sepinggan dan ramai mengatakan harga itu murah.

“Kalau dulu pendapatan kasar harian hanya RM500 hingga RM600 sahaja tetapi sekarang mencecah RM1,000 sehari.

“Pelanggan juga tidak putus-putus datang dan kadang-kala terpaksa menunggu kerana tidak cukup kerusi.

“Beratus-ratus pengunjung hadir sehari semata-mata ingin menikmati nasi goreng sotong,” katanya.

Tawar pelbagai menu menyelerakan

Ariff berkata, bukan hanya menyediakan nasi goreng sotong tetapi pelbagai juadah lain boleh dipilih pelanggan.

“Kedai kami beroperasi pada jam 10.00 pagi tetapi menu nasi goreng sotong hanya dibuat bermula jam 2.00 petang hingga 10.30 malam.

“Jika tidak mahu nasi goreng sotong popular, boleh minta mee sup, nasi lemak, nasi minyak, mee udang dan pelbagai lagi.

“Setiap hari kami menggunakan 20 hingga 30 kilogram sotong segar dengan harga sekitar RM 20 hingga RM 30 sekilo mengikut harga pasaran untuk memenuhi permintaan pelanggan dan biasanya memang habis licin,” katanya.

Besar harapan lelaki ini supaya kedai kecil yang tiada nama itu dapat diperbesar dan lebih ramai pelanggan dapat menikmati keenakan dan kemanisan sotong segar yang menjadikan nasi gorengnya digilai ramai.

“Saya nak berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dungun yang banyak membantu saya termasuk menyediakan kursus dan memberi bantuan untuk memajukan kedai ini.

“Jika ada modal dan bantuan dari mana-mana agensi, saya mahu memperbesarkan dapur supaya kerja memasak boleh dilakukan dengan lebih pantas,” katanya.

Jadi contoh untuk masyarakat

Manakala, Pegawai JKM Dungun, Mohd Naufal Yusoff berkata, pihaknya memberi sokongan penuh kepada Muhammad Ariff dan usahanya itu patut dijadikan contoh kepada orang lain.

“Kita berusaha membantu memajukan perusahaan milik lelaki ini dan kekurangan yang ada tidak sedikit menjadi penghalang.

“Mengenai keenakan nasi goreng sotongnya pula memang berhantu dan kalau rasa mesti mahu lagi.

“Kakitangan JKM juga antara pelanggan tetap di kedai ini,” katanya. - WARTAWAN SINAR HARIAN

12 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-9784804031933577742018-03-12T11:32:00.003+08:002018-03-12T11:32:48.757+08:00Jumpa bayi dalam surau

BAYI lelaki baru dilahirkan ditemui dalam keadaan diselimutkan menggunakan kain putih dan sejadah di Surau al-Ibrahim, Garden Homes Fasa E, Seremban 2 di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superitenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan daripada saksi yang menemui bayi itu pada 6.56 pagi.

"Lelaki itu datang ke surau berkenaan untuk menunaikan solat Subuh sebelum menemui bayi itu yang masih hidup dan bertali pusat di ruang solat wanita.

"Bayi itu berbungkus dengan kain dan diselimutkan menggunakan sejadah. Tiada tanda pengenalan atau nota yang ditinggalkan pada bayi berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Katanya, bayi seberat 2.7 kilogram berkenaan yang berada dalam keadaan sihat dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. - Ifwan Tun Tuah

myMetro 12 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-75646236089872250792018-03-12T11:28:00.001+08:002018-03-12T11:28:19.980+08:00Kecewa gambar arwah anak disalah guna

Kulai: Suami isteri kecewa apabila gambar arwah anak mereka yang meninggal dunia akibat kanser tulang, tahun lalu dimuat naik ke laman sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai untuk mengutip dana secara mudah.

Malah Asmah Jamien, 46, berkata, ia kejadian kedua selepas kali pertama berlaku pada 5 Julai 2017 yang menggunakan akaun Facebook (FB) palsu atas nama sebuah akhbar tabloid Bahasa Melayu.

Menurutnya, arwah anaknya, Muhamad Aqil Adli Muhamad Zaki dikesan menghidap penyakit itu dua tahun lalu pada usia 12 tahun dan melawannya selama setahun serta sempat menjalani 12 kemoterapi dan 10 sesi radioterapi.

“Saya baru hendak melapangkan fikiran (selepas kehilangan permata hati) apabila tiba-tiba melihat gambar arwah digunakan untuk menipu dan mengaut keuntungan.

“Saya menyedarinya pada Rabu dan kali ini gambar arwah dimuat naik di akaun FB palsu menggunakan nama Berita Harian Online Malaysia.

“Ketika kejadian pertama dulu, gambar arwah disertakan rayuan derma untuk disalur atas nama Azman dengan nombor akaun bank yang tiada kaitan dengan keluarga kami. Kali ini, atas nama Puan Nurul pula,” katanya.

Asmah berkata, dia dan suaminya, Muhamad Zaki Mohd Nazam, 48, sudah bertanya hal itu kepada wakil Berita Harian, di sini dan mengesahkan akaun FB itu palsu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya nombor akaun bank dan nama penderma milik kami. Ia tiada kaitan dengan keluarga kami dan saya mohon orang ramai supaya berhati-hati, tidak tertipu dengan kenyataan yang dimuat naik,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata, mereka sudah membuat laporan polis berhubung kejadian pertama pada 5 Julai lalu, selain turut melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). - Mohd Fahmi Mohd Yusof

myMetro 12 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-17988462158116764212018-03-12T11:23:00.000+08:002018-03-12T11:23:04.147+08:003 maut, 1 parah kemalangan

Tiga maut dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 24.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik. - Foto ihsan Pembaca

IPOH: Tiga maut dan seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 24, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik, petang tadi.

Dalam nahas jam 4 petang itu, mangsa yang maut ialah pemandu PERODUA Bezza, Ahmad Shadrul Amin Mohd Sauki, 22, berasal dari Besut, Terengganu.

Penunggang motosikal yang maut ialah Mohd Rosli Hussin dari Machang, Kelantan manakala seorang lagi belum dikenal pasti identitinya.

Ahmad Shadrul Amin dan penunggang yang belum dikenal pasti identiti itu meninggal dunia di lokasi, manakala Mohd Rosli Hussin ketika mendapat rawatan di Hospital Gerik (HG) pada jam 7.25 malam.

Kemalangan turut menyebabkan penumpang hadapan kereta itu, Muhamad Aziman Mahamood, juga dari Machang, parah dan kini dirawat di Hospital Taiping (HT).

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa, berkata siasatan awal mendapati kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Jeli ke Gerik, manakala kedua-dua motosikal berkonvoi dari arah bertentangan.

Katanya, kereta dan motosikal yang ditunggang oleh lelaki yang belum dikenali itu dipercayai bergesel ketika tiba di laluan mendaki dan sedikit berselekoh.

"Motosikal ditunggang Mohd Rosli yang berada di belakang motosikal itu cuba mengelak ke kiri sebelum terbabas dan melanggar tembok.

"Pelanggaran itu menyebabkan kereta berpusing dan melanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan menghala Gerik.

"Motosikal ditunggang mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu terbabas ke kiri dan penunggangnya tercampak ke dalam longkang di kiri jalan menghala Jeli," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Mayat ketiga-tiga mangsa dibedah siasat di Hospital Gerik dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, berkata anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik yang tiba di lokasi membantu membersihkan kawasan dan menyerahkan mayat kepada polis untuk tindakan lanjut. - Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Balqis Jazimah Zahari

Berita Harian 9 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-32660525033526985912018-03-12T11:19:00.001+08:002018-03-12T11:19:12.865+08:00Sahabat ke akhir hayat

MAYAT seorang daripada dua pemancing yang ditemui lemas dibawa anggota polis untuk bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. - Foto Azhar Ramli

PADANG BESAR: Dua sahabat ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ketika memancing di sebuah kolam tadahan di Bukit Chabang di sini, petang tadi.

Mayat Muhammad Addam Mat Desa dan Muhammad Rabbani Zaini, masing-masing berusia 10 tahun, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 5.25 petang.

Seorang anggota keluarga yang enggan dikenali berkata, kedua-dua mangsa adalah rakan sekelas di Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi dan kerap ke kolam berkenaan untuk memancing.

"Mereka memang suka memancing, walaupun pernah dilarang ibu masing-masing.

"Rasanya hanya mereka berdua memancing di kolam tadahan itu hari ini," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Berdasarkan maklumat bomba, kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia empat jam sebelum mayat ditemui.

"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan turut menemui dua batang joran yang dipercayai digunakan mangsa selain motosikal jenis Honda C70 yang ditunggang ke kolam berkenaan.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. - Oleh Muhammad Mustakim Ramli

Berita Harian 11 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-83920129113187644222018-03-12T11:07:00.001+08:002018-03-12T11:07:18.357+08:00Kerani bank maut, kereta bertembung bas kilangBAGAN SERAI: Seorang kerani bank maut tersepit apabila kereta dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah bas kilang di Jalan Ipoh - Butterworth berhampiran Sungai Rawa, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, mangsa, Lee Jin Wah, 40 disahkan maut di lokasi kemalangan oleh petugas paramedik.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Penolong Bomba Kanan II Nasir Wahab, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.26 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, kelihatan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebuah kereta PERODUA Kancil yang bertembung dengan sebuah bas kilang," katanya ketika dihubungi.

Katanya, anggota bomba mengambil masa hampir satu jam untuk menyeluarkan mayat yang berada dalam keadaan tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Berita Harian 10 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-90838553621060620172018-03-12T11:06:00.001+08:002018-03-12T11:06:13.649+08:002 maut kereta dihempap bas

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan sebuah bas persiaran di Jalan Serting Hulu Jempol. - Foto ihsan bomba

JEMPOL: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Jalan Serting Hulu Jempol di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, dua lelaki yang berusia lingkungan 30-an maut di lokasi kejadian akibat tersepit.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jempol, Mohd Fahmi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 pagi dan bergegas ke lokasi bersama tiga jentera dan 18 anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Pertang.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati bas yang tidak membawa penumpang itu menghempap kereta dinaiki tiga lelaki dari arah Simpang Pertang yang terbabas dalam longkang di tepi jalan.

"Pihak bomba terpaksa meminta bantuan kren untuk mengalihkan bas itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan mangsa.

"Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira sejam kerana semua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing," katanya di sini, hari ini.

Mohd Fahmi berkata, pemandu bas persiaran itu tidak cedera manakala semua mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan. - Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Berita Harian 10 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-81841620558833625862018-03-12T11:00:00.000+08:002018-03-12T12:00:11.262+08:00Gurauan ayah jadi kenyataan

AHLI keluarga tidak dapat menahan sedih ketika menunggu proses bedah siasat mayat dua beranak yang maut kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah bas di Jalan Serting Hulu Jempol. - Foto Abnor Hamizam

JEMPOL: "Saya tak sangka, gurauan ayah pagi ini yang emak akan jadi ibu tunggal, petanda dia akan pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya.

"Gurauan itu bukan saja menjadi kenyataan, malah kami kini hilang tempat bermanja," katanya Anjeli, 19, anak kepada Latif Salleh, 40, yang maut bersama anak lelakinya, Zunaidie, apabila kereta dinaiki mereka bertembung bas pagi ini.

Nahas jam 7.10 pagi itu, turut menyebabkan seorang lagi anak lelaki Latif, Zuzaidie, 15, cedera dan dalam rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN)

Anjeli berkata, mereka mengetahui nahas menimpa ayah dan dua adiknya itu apabila dihubungi Polis Trafik yang meminta ke hospital segera tetapi tidak memberitahu keadaan ayah dan dua adiknya.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim, berkata kemalangan itu berlaku di Kilometer 21, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang.

Beliau berkata, kereta Ford Telstar dipandu mangsa dari arah Kuala Pilah bertembung dengan sebuah bas henti-henti dari arah Simpang Pertang, yang sebelum itu cuba mengelak sebuah kenderaan lain di laluan bas berkenaan.

"Ketika cuba memasuki laluannya semula, pemandu bas gagal mengawal kenderaan, sebaliknya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung kereta dipandu mangsa.

"Latif dan Zunaidie mati di lokasi nahas, manakala seorang lagi anaknya, Zuzaidie, 15 dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) bagi mendapatkan rawatan," katanya.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, punca sebenar nahas masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, isteri mangsa, Rozi Kedah, 39, berkata saya sering berpesan kepada suami supaya memandu kereta dengan berhati-hati kerana turut membawa anak bersama, namun kali ini terlupa mengingatkannya.

"Dua anak lelaki saya memang suka mengikut ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Batu Kikir ketika cuti sekolah," katanya ketika ditemui di Hospital Jempol.

Rozi berkata, anak bongsunya yang baru berusia 6 tahun juga beriya-iya mahu mengikut ayah dan dua abangnya tetapi dibenarkan turut serta.

Katanya, dia terkejut dengan kemalangan itu dan pernah memberi cadangan kepada suaminya itu supaya berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan, sebaliknya melakukan kerja sekitar Kampung Parit Gong.

"Saya memberi cadangan itu kerana sejak kebelakangan ini, sering melihat suami mudah letih, mungkin kerana penat selepas beberapa tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan ladang berkenaan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari rumah.

"Suami seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan sangat menyayangi kami semua," katanya yang tidak dapat kepiluan mengenang nahas mengorbankan suami dan anaknya itu. - Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Berita Harian 10 Mac 2018

Dua beranak maut bas hempap kereta

SERTING TENGAH - Dua orang termasuk seorang kanak-kanak maut, manakala seorang parah membabitkan nahas bas henti-henti dengan sebuah kereta di KM 21 Jalan Kuala Pilah-Simpang Pagi, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamudin Hashim berkata, insiden sekitar jam 7.20 pagi itu, dipercayai berlaku apabila bas dari arah Simpang Pertang menghala ke Kuala Pilah tersebut mengelak kenderaan yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.

“Bas berkenaan termasuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan yang dinaiki anak beranak itu.

“Akibatnya bas tersebut menghempap kenderaan itu mengakibatkan mangsa tersepit di lokasi. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat," katanya.

Individu yang maut dikenali sebagai Latif Salleh, 40, dan anaknya, Zunaidie, 11, manakala kakaknya, Zuzaidie, 15, cedera parah di muka. Pemandu bas berusia 33 tahun tidak mengalami kecederaan.

Kes seterusnya disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.

Sementara itu, isteri kepada mangsa maut, Rozi Kedai, 39, berkata dia kerap berpesan kepada suaminya agar berhati-hati ketika memandu.

Namun semalam, dia lupa berpesan sedemikian dan kejadian ini sangat mengejutkan kerana suami banyak membantu keluarga.

"Sepatutnya anak bongsu berusia enam tahun mahu ikut juga namun berubah fikiran. Suami memang seorang yang penynyang dan baik sehingga sanggup mengikut kehendak anak-anak untuk ikutnya ke tempat kerja," katanya.

Katanya, dia pernah menasihati suaminyanya agar berhenti kerja susulan lokasi kerja agak jauh dari rumahnya di Kampung Parit Gong, Simpang Pertang, Jelebu.

"Kerja kampung pun okey sebab tempat kerja sekarang jauh. Manakala anak-anak pula suka ikut suami pergi kerja bila cuti sekolah," katanya. - NORAFIDAH ASSAN

10 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-47020687324388021442018-03-12T10:50:00.001+08:002018-03-12T11:16:30.472+08:00Suami isteri maut dua kereta bertembung

PASANGAN suami isteri, Mohd Sazarim dan Malisa yang menaiki kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas maut selepas bertembung dengan kereta Proton Waja di Jalan Salor Baru, di sini awal pagi tadi. - Foto Ihsan Pembaca

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Salor Baru di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi, Mohd Sazarim Mat Nawi, 31, dan Malisa Ismail yang menaiki kereta Perodua Kancil, maut di tempat kejadian, manakala pemandu Proton Waja pula cedera serta dikejarkan ke Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata kereta Perodua Kancil terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas.

Setiba di lokasi kejadian, beliau berkata, kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar kereta Proton Waja.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu dan penumpang Perodua Kancil maut di tempat kejadian.

"Pemandu Proton Waja yang cedera pula dikejarkan ke hospital," katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987," katanya.

Beliau berkata, polis menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi segala isyarat lalu lintas dan berhati-hati memandu. - Oleh Muhamaad Razis Ismail

Berita Harian 12 Mac 2018

Ajal suami isteri bersama

SUAMI isteri maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan kereta lain di Jalan Salor Baru, Kota Bharu, pagi ini.

Dalam kejadian 4.15 pagi itu Mohd Sazarim Mat Nawi, 31 dan Malisa Ismail yang menaiki Perodua Kancil maut di tempat kejadian.

Pemandu Proton Waja yang cedera dikejarkan ke Hospital Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, kereta Perodua Kancil itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Mas.

Katanya apabila tiba di lokasi kejadian, kereta itu hilang kawalan dan terbabas melanggar kereta Proton Waja.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu dan penumpang Perodua Kancil maut di tempat kejadian.

"Manakala pemandu Proton Waja yang cedera dikejarkan ke hospital," katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Katanya, polis menasihatkan pengguna jalan raya agar mematuhi segala isyarat lalu lintas dan berhati-hati memandu. - Muhamaad Razis Ismail

myMetro 12 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-29411053944613142422018-03-12T10:47:00.000+08:002018-03-12T10:47:11.199+08:001 maut, 6 cedera kereta bertembung

SEORANG maut manakala enam lagi cedera termasuk tiga parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang bertembung di Kilometer 17.6 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur berhampiran Rumah Pengasih Amanjaya, Gopeng. - Foto ihsan Bomba dan PDRM

KAMPAR: Seorang maut manakala enam lagi cedera, termasuk tiga parah, dalam kemalangan membabitkan dua kereta yang bertembung di Kilometer 17.6 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran Rumah Pengasih Amanjaya, Gopeng di sini, malam tadi.

Nahas 7.35 malam itu membabitkan Perodua Myvi dinaiki dua lelaki dan Proton Saga dinaiki lima sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata kemalangan itu mengakibatkan penumpang hadapan Myvi, A Santhiran, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang memandu kereta itu, S Gunaseelan, 31, parah dan kini koma.

Lima sekeluarga yang menaiki Proton Saga iaitu pemandu Nurzeatun Anuar, 28; Anuar Zakaria, 64; Rahimah Mohd Isa, 59; Norlia Anuar, 26 dan Dhia Adieera Nizar Hamidi, 3, cedera.

"Siasatan awal mendapati kereta Myvi dinaiki dua lelaki beralamat di Kampung Seri Jaya, Jalan Gopeng, Batu Gajah dekat sini dari arah Kampar ke Ipoh melanggar pembahagi bahu jalan sebelah kiri sebelum terbabas memasuki ke laluan bertentangan.

"Pada masa sama kereta dinaiki lima sekeluarga dipandu Nurzeatun yang bekerja sebagai kerani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar datang dari arah bertentangan dan gagal mengelak lalu bertembung kereta yang terbabas itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kong Soon berkata, akibat pertembungan itu, Santhiran mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Gunaseelan patah kedua-dua kaki serta tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

"Nurzeatun cedera di kaki dan badan, bapanya Anuar mengalami kecederaan dalaman dan sesak nafas manakala ibunya patah kaki kanan dan adik perempuannya parah dengan kecederaan di muka selain seorang kanak-kanak perempuan mengalami luka-luka di bahagian badan.

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke HRPB manakala mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat yang dijalankan jam 10 malam tadi," katanya.

Menurutnya, ahli keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan kes kini masih dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Oleh Muhammad Apendy Issahak

Berita Harian 12 Mac 2018

Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-15356172279285390852018-03-12T10:41:00.006+08:002018-03-12T10:41:49.913+08:00Lari tahfiz tak tahan dibuliPECAH tisu pinggang sebelah kiri, koyak tisu kaki kanan dan lebam di beberapa bahagian badan akibat diterajang dan tumbuk dua senior.

Itu kesan dalaman dan kesakitan dialami seorang pelajar pusat tahfiz di Kampung Hulu Kalong, Hulu Yam, Bukit Beruntung akibat perbuatan buli senior sejak lebih dua bulan belajar di pusat pengajian agama itu.

Detik menakutkan itu dialami Syed Khairun Hazim Syed Husain, 13, hampir setiap hari hanya kerana permintaan senior tidak dituruti.

Hazim berkata, dua senior lelaki berusia 14 tahun itu akan menyepak dan menumbuknya hanya kerana tidak menuruti arahan mengambil air minuman dan jubah.

"Dia suruh saya ambil air, tapi bila tak ikut cakap dia akan sepak saya dan tumbuk di perut.

"Begitulah saya diperlakukan hampir setiap hari sejak hari ke-41 berada di tahfiz itu.

"Mereka ugut saya kalau beritahu ustaz saya akan kena lebih teruk lagi, jadi saya terpaksa tutup mulut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kasturi, Bukit Beruntung, hari ini.

Bagaimanapun, tidak tahan dengan perbuatan itu, Hazim nekad melarikan diri daripada pusat tahfiz bersama seorang rakannya 4.30 pagi semalam.

Menurut Hazim, dia dan rakannya, Wan Muhammad Arfan Wan Mohamad Hafiz, 13, telah merancang untuk lari seminggu sebelum itu.

Semalam, mereka berjaya keluar dan berjalan lebih lima kilometer untuk mendapatkan pertolongan orang kampung sebelum ditumpangkan oleh seorang pemandu lori yang menghantar mereka pulang ke rumahnya.

Hazim berkata, Arfan turut menjadi mangsa buli senior lain, namun tidak seteruk dialaminya.

Bapa Hazim, Syed Husain Syed Abu Samah, 38, berkata, beliau menuntut keadilan terhadap nasib dialami anaknya dan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar senior yang didakwa melakukan perbuatan itu.

"Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk saman terhadap pelajar dan (kecuaian) pihak maahad tahfiz sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman terhadap anak sulung saya.

"Biar undang-undang yang tetapkan segalanya demi membela nasib anak saya dan rakannya serta berharap perkara seumpama ini tidak berlaku serta menimpa pelajar lain terutama di institusi tahfiz seperti ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Pai berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara pengadu dan pelajar senior terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - Amrullah Abdul Karim

myMetro 11 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-15822312105280274852018-03-12T10:39:00.004+08:002018-03-12T10:39:58.449+08:00Bayi maut tercampak dari kereta

KEADAAN nahas 3 kenderaan di Kilometer 19.3 Jalan Seremban-Simpang Pertang malam tadi. - Foto ihsan pembaca

JELEBU: Bayi perempuan sembilan bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta dipandu ibunya yang terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 19.3 Jalan Seremban-Simpang Pertang malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu berlaku pada jam 7.30 malam.

Katanya, ketika kejadian Toyota Vios yang dipandu Lim Hui Chee, 25, dalam perjalanan pulang ke rumah di Titi dari arah Seremban.

"Ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa terbabas ketika mengambil selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah Honda Civic dari arah Kuala Klawang.

"Kereta mangsa dipercayai berpusing beberapa kali sebelum dilanggar sebuah Proton Saga juga dari arah Kuala Klawang.

"Akibat kemalangan itu bayi berkenaan, Wong Qan Ton yang dipangku bapanya, Wong Ting Sing, 26, tercampak keluar dari kereta ke tengah jalan," katanya. - Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

Berita Harian

12 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-69899982804074195252018-03-12T10:34:00.001+08:002018-03-12T10:34:07.421+08:00Bekas pengarang berita BH meninggal dunia

BEKAS pengarang berita BH, Abdul Rahim Zain.

SHAH ALAM: Bekas pengarang berita BH, Abdul Rahim Zain, meninggal dunia di rumahnya pada jam 7.50 malam tadi akibat masalah jantung.

Abdul Rahim, 61, menghembuskan nafas terakhir di hadapan isterinya, Jaibab Rasul, 59.

Jainab menyedari keadaan suaminya itu ketika mahu meminta izin menunaikan solat sunat selepas Maghrib.

"Saya baru selesai solat Maghrib dan ketika menjenguknya, saya nampak suami sedang berzikir.

"Apabila saya hampiri untuk menunaikan solat sunat, suami meninggal dunia di depan mata saya," katanya.

Allahyarham meninggalkan tiga anak Imartina, 33; Abdul Wafiy, 27; dan Abdul Fayyadh, 21, serta seorang menantu serta dua cucu.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Munawarah, Seksyen 27 di sini pada jam 9.30 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Pada 1991, Abdul Rahim menjadi wartawan Malaysia pertama membuat liputan mengenai hari-hari terakhir dasar aparteid di Afrika Selatan.

Allahyarham yang menjadi wakil BH di London ketika itu, banyak membuat laporan mengenai keadaan sebenar kehidupan di negara yang hampir tidak memiliki dasar kemanusiaan susulan pemerintahan berdasarkan warna kulit. - Oleh Faliq Lajim

Berita Harian

11 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-14702750612782655942018-03-10T10:05:00.001+08:002018-03-10T10:05:27.861+08:00Sanusi Junid meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Pantai Dalam.

Perkara itu disahkan oleh bekas setiausaha akhbarnya Aziman Hasan ketika dihubungi Bernama, yang memaklumkan Sanusi, 75, meninggal sebelum subuh.

Tanpa mendedahkan punca Sanusi meninggal dunia, Aziman berkata jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999. - Bernama

9 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-25158239623562267142018-03-10T09:59:00.001+08:002018-03-10T09:59:33.453+08:00Remaja ditemui tergantungLABIS - Seorang remaja lelaki ditemui maut tergantung pada palang besi sebuah taman permainan kanak-kanak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, pihaknya mengetahui kejadian tersebut selepas seorang lelaki menghubungi Balai Polis Labis jam 7.50 pagi bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

“Klinik Kesihatan Labis telah datang dan sahkan mangsa yang berumur 18 tahun telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Segamat untuk proses bedah siasat.

“Mangsa ditemui tergantung menggunakan baju yang diikat pada palang besi taman permainan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah yang boleh mengaitkan kematian mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta supaya menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Wartawan Sinar Harian

9 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-38932610945068397232018-03-10T09:56:00.003+08:002018-03-10T09:56:26.866+08:00Bapa disyaki rogol anak kandung ditahan polisLAWAS - Seorang bapa yang didakwa merogol anaknya sejak berusia 15 tahun ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Languban, Merapok di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditahan selepas anaknya yang kini berusia 25 tahun tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada hari sama.

Menurut beliau, mangsa mendakwa telah menjadi mangsa nafsu buas bapanya sejak dia berusia 15 tahun lagi.

"Kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu kira-kira pukul 10 pagi pada 1 Februari lalu di sebuah pondok di kebun getah milik keluarganya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Abang Zainal memberitahu, suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

"Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek di mahkamah di sini hari ini," katanya lagi. - K! ONLINE MULLER ASEN

09 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-83040982726290320752018-03-10T09:54:00.003+08:002018-03-10T09:54:43.060+08:00Pelajar tingkatan tiga hamil dakwa dirogol kenalan lelakiKEMAMAN - Seorang pelajar tingkatan tiga disahkan hamil tiga minggu mendakwa dia dirogol oleh seorang kenalan lelakinya.

Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun yang masih bersekolah itu mengadu tidak sihat kepada ibunya sebelum dibawa ke Hospital Kemaman di sini untuk pemeriksaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam kelmarin sebelum disahkan mengandung.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, mangsa pada mulanya mengadu tidak sihat termasuk mengalami muntah serta tidak berselera untuk makan.

“Ibu remaja terbabit yang bimbang dengan keadaan anaknya itu kemudiannya membawa mangsa membuat pemeriksaan di hospital sebelum doktor mengesahkan pelajar itu sudah hamil tiga minggu.

“Terkejut dengan kejadian yang berlaku, ibu mangsa telah hadir membuat laporan di Balai Polis Chukai pada hari yang sama,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Susulan laporan yang diterima, Mohd. Said berkata, gerakan memburu suspek giat dijalankan sebelum membawa kepada penahanan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

Katanya, siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - K! ONLINE MUKHATAR A. RAHMAN

08 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-28639737074022565052018-03-10T09:53:00.000+08:002018-03-10T09:53:01.202+08:00Tiga maut nahas sebuah kereta dengan dua motosikal berkuasa tinggi

Tiga maut dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli di sini petang tadi.

GERIK - Tiga lelaki maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan dua buah motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 24, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli di sini petang tadi.

Dalam nahas pada pukul 4 petang itu, pemandu kereta jenis Perodua Bezza, Ahmad Shadrul Amin Mohd. Sauki, 22 dan penunggang motosikal jenis Aprilia, Mohd. Rosli Hussin meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, seorang lagi penunggang motosikal jenis Kawasaki ZR yang masih belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Gerik di sini pada pukul 7.25 malam tadi.

Jelasnya, siasatan awal mendapati, kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu Ahmad Shadrul Amin bersama seorang penumpang, Muhamad Aziman Mahamood sedang dalam perjalanan dari arah Jeli menuju ke Gerik.

"Sewaktu kejadian, dua buah motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi dua lagi mangsa sedang berkonvoi dari arah bertentangan.

"Hasil siasatan mendapati, ketika tiba di kawasan selekoh dan mendaki bukit, kereta tersebut dipercayai bergesel dengan motosikal jenis Kawasaki ZR," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Ismail Che Isa, insiden itu menyebabkan motosikal jenis Aprilia yang ditunggangi Mohd. Rosli yang berada di belakang motosikal berkenaan mengelak ke bahagian kiri jalan sebelum terbabas merempuh tembok.

Ujarnya, sewaktu kejadian, kereta jenis Perodua Bezza itu berpusing dan melanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan.

"Motosikal yang ditunggang mangsa yang masih tidak diketahui identiti itu terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum lelaki itu tercampak masuk ke dalam longkang," katanya.

Jelasnya, nahas tersebut mengakibatkan penumpang kereta Perodua Bezza yang berasal dari Machang, Kelantan turut mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Taiping dekat sini.

Tambah Ismail, tiga mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

09 Mac 2018Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-90808410300848929062018-03-10T09:49:00.000+08:002018-03-10T09:49:16.963+08:00Anggota TLDM ditemui lemas ketika pasang jaring ikan

Anggota bomba membawa mayat mangsa yang ditemui lemas malam tadi.

BATU GAJAH - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditemui lemas selepas bot yang dinaikinya pecah sewaktu sedang memasang jaring ikan di sebuah lombong di Batu 10, Tanjung Tualang di sini malam tadi.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd. Jamaluddin Mat Yusop, siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 36 tahun dipercayai menaiki bot bersama rakannya untuk memasang jaring di lokasi kejadian pada pukul 9 malam.

Jelasnya, bagaimanapun, bot tersebut tiba-tiba pecah sebelum tenggelam.

“Sewaktu kejadiam, mangsa berjaya berenang ke bahagian tebing lombong namun, lelaki itu dipercayai tersangkut pada jaring sebelum lemas.

“Anggota bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.39 malam tadi terus bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi pencarian,” katanya ketik dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Jelasnya, mayat lelaki itu ditemui pada pukul 3.20 pagi selepas bomba berjaya mengesan kedudukan mangsa yang tersangkut pada jaring ikan.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa tamat pada pukul 5 pagi tadi. - K! ONLINE MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

10 Mac 2018 8:13 AMAdmin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-47207822248955094352016-10-14T20:29:00.002+08:002016-10-14T20:29:14.252+08:00Lelaki disyaki PATI lemasJunaidi Ladjana

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: lelaki, 20-an, disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditemui lemas di laut Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, jam 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa ditemui terkapai-kapai oleh penduduk kampung kira-kira 70 meter dari jeti.

"Salah seorang penduduk kampung kemudian terjun untuk menyelamatkan mangsa namun mangsa hilang dari permukaan air. Dengan bantuan seorang lagi penduduk kampung, mereka menyelam dan menemui mangsa sebelum membawanya ke jeti.

"Bagaimanapun, keadaan mangsa sudah tidak bergerak dan mulut berbuih dipercayai sudah meninggal dunia lalu memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen dan dipercayai PATI.

"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

myMetro Jumaat, 14 Oktober 2016Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2518366848538029370.post-2651059172797502872016-10-14T20:26:00.002+08:002016-10-14T20:26:32.737+08:00Hilang dekat jetiEkhwan Haque Fazlul Haque

ekhwan@hmetro.com.my

Kuching: Nelayan dikhuatiri hilang apabila bot dinaiki bersama rakannya karam selepas dipukul ombak, dekat Tanjung Po, Kuching, malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama rakannya mahu pulang ke jeti berdekatan selepas keluar ke laut, kira-kira 11 malam.

Sumber berkata, ombak kuat dan laut bergelora menyebabkan bot yang dinaiki karam namun seorang daripada mereka berjaya berenang ke pantai untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat bersama aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) sudah digerakkan ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa.

"Maklumat lanjut mengenai operasi pencarian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

myMetro Jumaat, 14 Oktober 2016Admin Siri Duniahttp://www.blogger.com/profile/08694678429181171380noreply@blogger.com0