May 6, 2016

Tak pasal terkena!

36 kucing berjaya diselamatkan selepas ditemui dalam keadaan kotor dan berbau di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak. Gambar kanan, peti sejuk kotor yang mengandungi pelbagai jenis makanan tamat tempoh.

Mohd Hasbi Sidek
mohd.hasbi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas memberi perlindungan kepada seorang wanita mualaf yang dihalau suami baru-baru ini, Balai Polis Setapak sekali lagi memberi khidmat khas menyelamatkan 36 kucing terbiar di sebuah kondominium di Jalan Langkawi, di sini, tengah hari kelmarin.

Difahamkan, polis pada mulanya membuat serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu untuk mengesan seorang suspek kes jenayah yang dipercayai tinggal di alamat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Muhamad Roy Suhaimi Sarif berkata, bertindak atas maklumat, dua anggota polis diketuai Ketua Balai Polis Setapak Asisten Superintendan Wee Bee Seng menyerbu rumah berkenaan.

“Sejurus tiba di lokasi, polis mengetuk pintu rumah sebelum dibuka seorang wanita berusia 47 tahun. Kami memperkenalkan diri dan membuat pemeriksaan.

“Bagaimanapun, kami mendapati terdapat 36 kucing dalam keadaan busuk dan kotor dalam sebuah bilik. Keadaan kucing ini sangat tidak terurus selain keadaan rumah juga berselerak dan kotor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

myMetro 5 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment