May 6, 2016

SAR mangsa bot panjang karam ditangguh

Nurul Hidayah Bahaudin
am@hmetro.com.my

Kapit: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tuai rumah panjang yang dikhuatiri lemas dalam kejadian bot panjang karam di Sungai Baleh di sini, petang tadi, akan disambung esok.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, operasi ditangguhkan pada 6 petang tadi berikutan cuaca gelap dan arus deras sungai.

“Operasi SAR ditangguhkan kerana keadaan gelap dan arus deras sungai yang boleh membahayakan keselamatan anggota penyelamat.

"Apabila disambung 7 pagi esok, skop pencarian tertumpu di kawasan satu kilometer persegi ke hilir sungai," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pihaknya sedang mengesan pemandu bot terbabit yang dilaporkan terselamat bagi mengenalpasti jumlah sebenar penumpang bot panjang berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Kupa Manggom, 43, dikhuatiri lemas apabila bot panjang dinaikinya bersama tiga penumpang lain karam di Sungai Baleh ketika dalam perjalanan balik dari Pekan Kapit ke Rumah Panjang Kupa.

myMetro 6 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment