May 11, 2016

Polis cari saksi kemalangan


Keaadan dua kereta yang mengalami kerosakan teruk selepas terlibat dalam kemalangan itu.

KLANG - Polis sedang mencari saksi yang melihat kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Hamzah Alang, Kapar, Klang dari arah Meru, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, nahas dipercayai berpunca daripada sebuah kereta Hyundai Matrix hilang kawalan dan memasuki laluan arah bertentangan dan melanggar sebuah Proton Wira.

Akibat daripada pelanggaran itu, Proton Wira telah melanggar sebuah lagi kereta Perodua Myvi.

Sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang berada di belakang kenderaan itu gagal mengelak lalu turut terlibat dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, semua mangsa cedera dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Sri Kota.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca kemalangan dan kita masih mengesan pemandu Hyundai itu.

“Mereka yang ada maklumat mengenai kemalangan itu diminta ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zulkarnain Johari di talian 019-5597107,” katanya.

Sinar Harian 10 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment