May 23, 2016

Pesta udang 'free'


Mohammed Arsyad Md Yassin
am@hmetro.com.my

Ipoh: Ribuan ekor udang bertaburan menutupi sebahagian laluan di Kilometer 12, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Gerik selepas lori yang mengangkutnya terbalik, kelmarin.

Kejadian jam 9.30 pagi turut menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan memungut udang berkenaan untuk dibawa pulang.

Ketua Trafik Daerah Gerik Asisten Superintendan Muhd Zamzuri Mat Nawavi berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori membawa muatan udang itu hilang kawalan lalu terbabas.

“Kejadian itu menyebabkan muatan udang dibawa lori bertaburan di atas jalan raya. Akibatnya ada orang awam mengutip udang berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, pemandu dan kelindan lori yang dalam perjalanan dari Terengganu ke Perak itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

myMetro 22 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment