May 23, 2016

Anggota tentera maut rempuh treler

Motosikal jenis Yamaha KTM 200 ditunggang mangsa sebelum merempuh bahagian belakang treler

ALOR GAJAH - Seorang anggota tentera berpangkat koperal maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 205 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Restoran Jejantas Ayer Keroh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa, Abdul Muizz Abdullah, 29, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden A Asmadi Abd Aziz berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal jenis Yamaha KTM 200 dari arah utara sebelum melanggar treler membawa muatan bahan binaan di lorong kiri.

"Pemandu lori berusia 45 tahun terdengar bunyi dentuman kuat di belakang sebelum berhenti dan memeriksa dan dia terkejut melihat mangsa sudah terjatuh.

“Kejadian menyebabkan mangsa berpangkat koperal itu maut akibat kecederaan parah di bahagian kelapa” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dipercayai bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wartawan Sinar Harian
22 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment