May 23, 2016

Dua maut kereta bertembung

KENDERAAN yang terbabit dalam kemalangan. FOTO ihsan Bomba

Mohd Rizal Abdullah
Mohd.rizal@hmetro.com.my

Limbang: Dua lelaki maut dalam kemalangan di Jambatan Sungai Kubut, Kuala Lurah, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.40 pagi itu, pemandu kereta, Senin Gember, 40, dan penumpang, Angkin Luat, 52, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Kejadian dipercayai berlakuapabila kereta Proton Gen 2 dinaiki mangsa bertembung dengan kereta Hyundai Tucson dari arah bertentangan ketika mangsa cuba memintas kenderaan di hadapannya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelalamat Limbang, Zakaria Mat Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang kemudiannya dikerahkan ke lokasi dan mendapati pemandu tersepit di tempat pemandu.

"Anggota bomba mengeluarkan mangsa beberapa minit kemudian, bagaimanapun, mangsa bersama penumpang disahkan maut di tempat kejadian," katanya.

Katanya, lelaki yang memandu Hyundai Tucson iaitu warga negara asing selamat.

myMetro 22 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment