May 5, 2016

Pemandu maut kenderaan terbabas


AKMALIAH RAZAK

GUA MUSANG - Seorang lelaki maut manakala seorang penumpang cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan di Kilometer (km) 76 Jalan Gua Musang - Lojing, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superitendan Saiful Bahri Abdullah, mangsa, Ali Paksa, 55, yang beralamat di Kampung Pengkalan Arang, Kuala Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang, Zulkuflly  Mohd Amin, 52, dari Kampung Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu, mengalami kecederaan.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan yang berlaku pada jam 4.15 petang tadi, berpunca dari kenderaan berkenaan, nombor pendaftaran TBG 4149, yang datang dari arah Lojing menghala ke Gua Musang.

"Ketika sampai di KM 76 Jalan Gua Musang-Lojing, dipercayai kenderaan berkenaan telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri menghala ke Gua Musang.

"Kenderaan berkenaan kemudiannya terbabas ke dalam longkang dan terlanggar tebing bukit seterusnya terbalik dengan ke empat  tayar menghala ke atas di bahu jalan sebelah kiri," katanya.

Tambah beliau, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sinar Harian 30 April 2016

0 comments:

Post a Comment