May 11, 2016

OKU maut ketika melintas

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan patah kaki.

KLUANG - Seorang pejalan kaki maut ketika melintas jalan di Kilometer 45, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini kira-kira jam 9.35 malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, mangsa, Leong Siau Foon, 29, yang juga orang kurang upaya (OKU) dari segi pembelajaran dan terencat akal maut di tempat kejadian selepas dilanggar oleh sebuah bas henti-henti.

Beliau berkata, kejadian berlaku selepas bas dipandu Abd Manaf Ahmad, 60, dari arah Air Hitam menghala ke Kluang telah melanggar mangsa yang sedang melintas dari arah Kluang ke Air Hitam.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa cedera parah di kepala serta patah kaki, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurut Ahmad Zamry, kejadian berlaku di kawasan jalan lurus dua hala, permukaan jalan rata dan basah tetapi keadaan di kawasan itu gelap.

"Siasatan awal mendapati, punca kemalangan dari kecuaian mangsa sendiri kerana melintas secara melulu dan cuai," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sinar Harian 9 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment