May 5, 2016

Maut terbabas di jalan basah

MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca

Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

Balik Pulau: Penuntut Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Balik Pulau menghala Teluk Kumbar, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.45 pagi itu, Raja Muhammad Syaqir Raja Azman, 21, dalam perjalanan ke kilang di Bayan Lepas.

Menurut sumber, mangsa menunggang motosikal seorang diri namun terbabas di selekoh disebabkan permukaan jalan basah kerana hujan.

"Mangsa yang terjatuh kemudian dilanggar kereta dari arah bertentangan dan dia meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat," katanya.

myMetro 3 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment