May 5, 2016

Hilang kawalan katanya

FOTO Muhammad Zuhairi Zuber

Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@hmetro.com.my

Jasin: Tiga cedera manakala 35 lagi selamat dalam kemalangan tujuh kenderaan di Kilometer 174.0 lebuh raya PLUS arah selatan berhampiran Sungai Kesang, di sini, hari ini.

Kemalangan 10.30 pagi itu membabitkan masing-masing satu lori, bas persiaran, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan 4WD serta tiga kereta.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Sampornak Ismail, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila bas persiaran yang dipandu lelaki berusia 30-an tiba-tiba hilang kawalan.

"Akibatnya bas itu melanggar belakang satu daripada tiga kereta terbabit yang berada di hadapannya sebelum disusuli perlanggaran dengan lima lagi kenderaan yang lain.

"Tiga penumpang bas cedera selain dua penumpang kereta berusia antara 11 hingga 42 tahun. Mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tangkak," katanya.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 30 April 2016



0 comments:

Post a Comment