May 5, 2016

Lelaki maut rempuh pagar

MANGSA maut selepas motosikalnya terbabas dan merempuh pagar surau di Jalan Wakaf Aik, semalam. FOTO ihsan pembaca

Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my

Bachok: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas dan merempuh pagar surau dalam kejadian di Jalan Wakaf Aik, Tawang, di sini, semalam.

Kejadian jam 6.55 petang itu menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan badan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa, Nik Mohd Anuar Nik Rusli menunggang motosikal jenis Yamaha 125z dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Senang, Kota Jembal.

"Sebaik sampai di lokasi, motosikal mangsa dipercayai terbabas lalu merempuh pagar surau berdekatan.

"Akibatnya mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat," katanya di sini, hari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 30 April 2016


0 comments:

Post a Comment