May 4, 2016

Bayi mati didera

Bintulu: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut dengan kesan patah pada tulang dan lebam dipercayai akibat didera di kuarters pekerja sebuah institusi pengajian tinggi di sini, kelmarin.

Bayi lelaki itu dibawa ibu bapanya berusia 25 dan 30 tahun ke Hospital Bintulu selepas mendapati bayi terbabit tidak sedarkan diri pada jam 7 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, polis menerima panggilan daripada seorang doktor dari Hospital Bintulu memaklumkan menerima pesakit seorang bayi yang mempunyai kesan lebam dan bengkak, sudah meninggal dunia.

Menurutnya, pemeriksaan awal yang dilakukan pada mayat, mendapati bayi malang itu patah tulang belikat, patah tulang rusuk kiri, kesan lebam pada badan serta calar pada mata dan dahi," katanya.

Dev berkata, polis sudah menahan pasangan suami isteri itu untuk siasatan lanjut pada 2.30 petang, semalam.

"Suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan," katanya.

myMetro 30 April 2016

0 comments:

Post a Comment