April 19, 2016

Warga emas maut kemalangan


Warga emas maut kemalangan

KUALA KRAI - Seorang warga emas maut setelah motosikal terlibat kemalangan di Kilometer (KM) 101 Jalan Kota Bharu Gua Musang, petang semalam.

Mangsa, Tuan Mat Tuan Lah, 68, dari Sungai Rek cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang tiba-tiba keluar dari sebuah simpang  telah dilanggar kereta terbabit.

“Pemandu kereta cuba mengelak melanggar mangsa tetapi gagal.

"Kes disiasat di bawah Seksyen  Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987," katanya.

Sinar Harian 2 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment