April 16, 2016

`Teriak depan rumah'

IHSAN pembaca

Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Bayi perempuan masih bertali pusat ditemui di hadapan rumah di Kampung Masjid, Teluk Kumbar, di sini, awal pagi ini.

Kejadian itu disedari pemilik rumah berkenaan, pada kira-kira 3 pagi, selepas dia mendengar tangisan bayi itu.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 20-an itu kemudian keluar untuk memeriksa dan terkejut apabila melihat bayi perempuan dibaluti baju sejuk ditinggalkan di hadapan rumahnya.

"Dia memaklumkan penemuan bayi terbabit kepada jirannya yang kemudian menghubungi polis.

"Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan polis kini sedang menjejaki suspek yang membuang bayi terbabit," katanya.

myMetro 16 April 2016



0 comments:

Post a Comment