April 14, 2016

Penuntut UiTM maut rempuh pagar

KEADAAN kereta yang dinaiki Mastura dan rakannya yang terbabas. FOTO Rosli Ilham

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Dungun: Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut selepas kereta dinaikinya terbabas dalam kejadian di Jalan Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan, di sini, 1 pagi tadi.

Mastura Basiron, 20, yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya, Mohamad Mustaqim Mohd Apandi, 20, berasal dari Meru, Klang pula patah tangan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga Aeroback yang dipandu Mohamad Mustaqim dipercayai terbabas sebelum melanggar pagar sebuah chalet.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Amri Mohamad berkata, sepasukan enam anggota Bomba bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, mayat mangsa yang tersepit dalam kenderaan berjaya dibawa keluar tidak lama kemudian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, mayat Mastura dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun, manakala Mohamad Mustaqim turut dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

myMetro 14 April 2016



0 comments:

Post a Comment