April 2, 2016

Ejen Sinar Harian Kelantan meninggal dunia

KOTA BHARU - Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah meluangkan masa menghadiri upacara pengkebumian Lee Khim Haw @ Lee Kim Hwa, 63, di Jalan Tengku Chik yang merupakan antara ejen terbesar Sinar Harian dan bahan terbitan syarikat.

Mendiang yang merupakan pemilik Lee & Co Sdn Bhd meninggal dunia lima hari lalu di Sunway Medical Centre, Petaling Jaya ketika menjalankan rawatan akibat jangkitan kuman dalam darah.

Isteri mendiang, Loo Sunh Hong, 63, berkata, jenazah suaminya akan dikebumikan di Bukit Cina Kok Lanas jam 2 petang hari ini.

"Sebelum ini dia disyaki demam denggi, tapi  dalam tempoh tiga bulan selepas itu dia disahkan terkena jangkitan kuman.

"Sepanjang tujuh bulan saya jaga dengan anak-anak dia nampak lemah. Pembedahan yang dijangka dibuat dalam jangka masa terdekat pun tidak dapat diteruskan kerana keadaannya tidak mengizinkan sehinggalah dia tiada," katanya di sini sebentar tadi.

Katanya, perniagaan yang tinggalkan oleh suaminya itu akan diuruskan beliau bersama  anak sulungnya, Lee Jit Leon,36.

Sementara itu, Muhammad Nasir bersama warga Sinar Harian mengharapkan ahli keluarga mendiang bersabar dengan pemergian tersebut.

Sinar Harian 2 April 2016

0 comments:

Post a Comment