April 6, 2016

Mayat lelaki ditemui dalam keadaan kepala hancur

KUANTAN - Mayat seorang lelaki warganegara asing dalam keadaan kepalanya hancur ditemui di lorong 14/9 dekat kawasan perindustrian Indera Mahkota di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat lelaki berusia 36 tahun itu pada jam 5.30 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.  

"Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan dan kepalanya hancur sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat," katanya.

Abdul Aziz berkata, polis mempercayai bahawa lelaki berkenaan dilanggar lari oleh kenderaan yang tidak dikenal pasti dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  

Katanya, mangsa yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu dipercayai mabuk semasa kejadian namun identiti sebenarnya masih belum dipastikan. - Bernama

27 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment