April 28, 2016

Dua jam dipujuk

ANGGOTA bomba memujuk wanita yang cuba terjun jambatan. FOTO Mikail Ong

Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Seorang wanita dipujuk hampir dua jam sebelum diselamatkan ketika cuba terjun di kilometer 6.7 Jambatan Pulau Pinang, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, wanita berusia 58 tahun berkenaan dilihat berdiri sambil memegang besi penghadang.

Menurut sumber, wanita terbabit yang masih bujang dikatakan mengalami tekanan perasaan dan memberhentikan keretanya di laluan kecemasan sebelum mengugut mahu terjun.

"Abang serta rakannya cuba memujuk mangsa sejak kira-kira 11 malam namun gagal sebelum mereka menghubungi bomba.

"Anggota bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menghalang wanita terbabit daripada terjun sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan," katanya.

myMetro 28 April 2016



0 comments:

Post a Comment