April 28, 2016

Empat ditahan curi motosikal

RANGKA motosikal curi ditemui hasil penangkapan empat suspek. FOTO ihsan polis

Norizuan Shamsuddin
norizuan@hmetro.com.my

Subang jaya: Polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam kes curi motosikal di sekitar kawasan Bukit Puchong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mereka ditahan oleh sekumpulan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) menerusi menerusi serbuan sekitar jam 6 hingga 9 pagi.

Katanya, hasil soal siasat dijalankan, seorang daripada suspek menyerahkan 39 komponen motosikal hasil curi.

"Susulan itu, suspek membawa anggota ke Jambatan Lorong Berkat 1, Puchong dan menunjukan tujuh rangka pelbagai jenis motosikal antaranya model Honda EX5, Yamaha 125z, Yamaha Legenda dan Yamaha 135LC.

"Polis turut menemui dua lagi rangka motosikal curi di kawasan yang sama," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Mohammad Azlin, semua suspek berusia 20-an terbabit direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.

myMetro 28 April 2016



0 comments:

Post a Comment