April 23, 2016

Ayah Pin meninggal dunia akibat sakit tua

Gambar Ayah Pin ketika membina kerajaan langit pada tahun 2005.

BESUT - Pemimpin ajaran sesat, Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Hulu Besut di sini malam tadi.

Menurut isterinya, Jaharah Awang, 56, Ayah Pin meninggal dunia kira-kira 8.30 malam tadi akibat sakit tua dan dikebumikan pagi ini.

Ayah Pin telah meninggalkan tiga balu, dikatakan diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu.

Beliau sebelum ini diburu kerana mendakwa dirinya wakil 'Tuhan' dan membina kerajaan langit pada tahun 2005. - K! ONLINE

23/04/2016


Ayah Pin meninggal dunia di rumah isteri keempat

BESUT – Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, yang pernah menggemparkan negara apabila menggelarkan dirinya pe­mimpin ajaran sesat ‘kerajaan langit’ meninggal dunia di rumah isteri keempatnya, Nik Kamariah Nik Pa di Kampung Batu 13, Hulu Besut di sini kelmarin.

Difahamkan, Ariffin yang pulang ke perkampungan itu beberapa hari lalu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam akibat sakit tua.

Turut berada di sisinya ialah isteri kedua dan keti­ganya iaitu Che Jaharah dan Rozilan Mokhtar.

Isteri pertamanya, Che Minah Ramli telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Ariffin yang dikatakan uzur kerana diserang penyakit angin ahmar turut menghidap pe­nyakit kencing manis dan darah tinggi.

Kosmo 24 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment