April 23, 2016

Tidak sempat tuntut insurans

BEGINILAH keadaan kereta Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan dua mangsa di Jalan Johor Bahru-Mersing dekat Kota Tinggi semalam.

Oleh SHARKAWI LONDING dan FARIK SALLEH

KOTA TINGGI – Dua warga emas maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori satu tan dalam satu kemalangan di Kilometer (KM) 45.5 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran simpang Jalan Bukit Samsu di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.40 petang itu, pemandunya, Samsuddin Md. Kari, 60, mati di tempat kejadian manakala penum­pang belakang, Noradah Musa, 57, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT).

Samsuddin dan Noradah merupakan jiran yang tinggal di Felda Nitar 2, Mersing.

Semasa kejadian, lori satu tan itu tidak membawa muatan.

Nahas itu juga menyebabkan Abd. Hamid Abu Nayi, 57, suami kepada Noradah dan anak kepada pasangan itu, Siti Nadiah, 22, cedera parah pada badan dan kepala.

Kosmo 23 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment