March 20, 2016

Wanita OKU melecur

FOTO ihsan bomba

Jempol: Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) yang lembam dan kudung tangan kanan melecur selepas biliknya terbakar di FELDA Raja Alias 2, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, mangsa Siti Hajar Ngahdimin, 29, dikatakan bermain mancis dan bertindak membakar mesin rumput serta rak baju di dalam bilik tidurnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Ab Halim Khamis berkata, kejadian itu disedari jiran yang melihat asap dan memberitahu ibunya yang berada di luar rumah.

"Ibu mangsa segera masuk menyelamatkan anaknya itu dan memadamkan kebakaran menggunakan air. Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian jam 4.03 "Mangsa hanya melecur di bahagian lengan kanannya yang kudung. Dia dibawa ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 6:30 PM



0 comments:

Post a Comment