March 13, 2016

Terperangkap lebih 30 minit

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan kanak-kanak lelaki yang terperangkap. FOTO ihsan bomba

Kota Bharu: Kanak-kanak lelaki terperangkap dalam kereta lebih setengah jam di Kampung Demit, Kubang Kerian, 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu Mohammad Shamsudin Ismail berkata, sebelum kejadian kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan membasuh kereta bersama ibunya.

Katanya, selepas membasuh kereta, mangsa masuk ke dalam kereta sebelum tertekan butang kunci.

"Ahli keluarga cuba membuka pintu kereta tetapi tidak berjaya sebelum memanggil bomba.

"Kami mendapat panggilan kecemasan pada 12.56 tengah hari dan 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian. Kami menggunakan alat khas untuk membuka pintu dengan selamat yang mengambil masa selama 15 minit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

myMetro 11 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment