March 26, 2016

Pengawal keselamatan parah ditetak

Johor Bahru: Pengawal keselamatan parah ditetak objek tajam sebelum ditemui di kawasan jirat Cina di Jalan Air Molek di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 32 tahun dan bekerja di Singapura itu ditemui penjaga kawasan jirat itu pada 7.45 pagi dengan kecederaan di kepala dan telinga kiri yang hampir putus.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan awal polis percaya mangsa dipukul di tempat lain sebelum dicampakkan di lokasi penemuannya itu.

"Siasatan di lokasi mangsa dijumpai adalah berhampiran jalan besar dan ia tidak menunjukkan sebarang kesan pergelutan atau pergaduhan di kawasan itu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan suspek dan motif kejadian mangsa ditetak," katanya.

Beliau berkata, mangsa masih gagal memberi sebarang maklumat berhubunh kejadian itu kerana masih dirawat di zon merah Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

myMetro 23 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment