March 8, 2016

Minum racun tikus

Melaka: Lelaki berusia 40-an nyaris maut selepas minum racun tikus dalam kejadian di taman perumahan di Taman Merdeka, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, lelaki terbabit dikatakan bertindak demikian akibat masalah keluarga.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shahril Zauni berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 12.56 tengah hari, sebuah jentera bomba dari BBP Ayer Keroh bersama lapan anggota termasuk seorang pegawai ke lokasi.

"Apabila tiba, anggota bomba mendapati tiada sesiapa di dalam rumah dan hanya menemui sebotol racun tikus sebelum mencarinya di kawasan berdekatan.

"Lelaki itu kemudian ditemui berjalan dalam keadaan lemah berdekatan rumahnya selain mengakui dia sudah meneguk racun berkenaan," katanya.

Menurutnya, dia yang mengadu pening, kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

myMetro 7 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment