March 26, 2016

Lompat tak lepas


Georgetown: Lelaki maut terjatuh tingkat tiga hotel ketika dipercayai cuba melarikan diri selepas meragut telefon bimbit wanita di Lebuh Chulia, di sini, malam tadi.

Lelaki 29 tahun terbabit bersama teman wanitanya merampas telefon bimbit mangsa yang ketika itu diletakkan atas meja kafe, pada kejadian 8.20 malam.

Selepas merampas telefon bimbit terbabit, lelaki itu terus membonceng motosikal yang ditunggang teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata kejadian itu dilihat orang awam yang kemudian mengejar mereka.

"Motosikal terbabit terbabas dan lelaki cuba melarikan diri manakala teman wanitanya cedera dan ditahan. Ketika cuba melarikan diri, lelaki itu memanjat flet dan melompat ke hotel bersebelahan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki itu kemudian cuba melompat dari hotel ke rumah berhampiran tetapi terjatuh dan maut di lokasi kejadian.

myMetro 22 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment