March 26, 2016

Kereta terjunam dalam parit

KEADAAN kereta yang terjunam di dalam parit. FOTO ihsan bomba

Sabak Bernam: Tiga beranak nyaris maut selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam parit di Jalan Sepintas Bagan Terap, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 pagi itu, pemandu Siti Haliza Ismail, 34, dikatakan gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh berhampiran Maahad Tahfiz Jalan Sapintas.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, akibatnya kereta yang turut dinaiki dua anak mangsa masing-masing berusia empat dan dua tahun terbabas.

Beliau berkata, mangsa dalam perjalanan menghantar anaknya ke rumah pengasuh di Pekan Bagan Terap.

"Tiga beranak itu berjaya keluar dari kenderaan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk rawatan lanjut," katanya.

myMetro 22 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment