March 16, 2016

Lelaki parah bertembung lori

KEADAAN kereta yang dipandu mangsa. FOTO Amran Yahya

Kuala Pilah: Seorang lelaki parah, manakala penumpangnya cedera apabila kereta dinaiki bertembung lori muatan kayu getah di Jalan Kuala Pilah-Seremban, dekat Terachi, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.35 pagi itu, kereta dipandu mangsa berusia 30-an dari arah Seremban ke Kuala Pilah dikatakan hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori berkenaan.

Jurucakap polis berkata, kejadian mengakibatkan pemandu lori hilang kawalan lalu terbalik melintangi jalan dan muatan kayu getah bertaburan atas jalan itu.

"Pemandu kereta cedera parah di kaki dan kepala akibat tersepit berjaya dikeluarkan pasukan bomba manakala penumpang kereta cedera ringan di kepala, dikeluarkan oleh orang awam. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, untuk rawatan," katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada pengguna sementara kerja mengalihkan kayu getah dan lori selesai, namun jalan alternatif disediakan melalui Jalan Seri Menanti.

myMetro 16 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment