March 16, 2016

Nayen teman setia pak tua

ESA hidup bersendirian di sebuah pondok ditemani anjing dan 150 itik di Kampung Pasir, Setapak.

Kuala Lumpur: “Walaupun Nayen hanya seekor anjing, tetapi dia setia menemani dan berkorban nyawa untuk saya,” demikian kata Esa Ahmad, 73, warga emas yang tinggal berseorangan bersama seekor anjing hitam di sebuah pondok kecil di Kampung Pasir dekat Wangsa Maju di sini, sejak dua tahun lalu.

Bukan itu saja, Esa yang turut membela 150 itik sebagai ‘peneman’ sanggup berjalan sejauh dua kilometer mengutip sisa makanan di beberapa kedai dan restoran berhampiran bagi membolehkan ‘anak-anaknya’ dapat makan.

Biarpun dirinya hanya mengharapkan belas ihsan rakan dan jiran untuk menampung hidup, dia tidak kisah asalkan perut Nayen dan itik terisi dengan sisa makanan itu.

Esa yang dulu bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, kehadiran Nayen yang dikutip di tepi jalan kira-kira dua tahun lalu mengisi kekosongan hati selepas kematian dua isteri dan terputus hubungan dengan sembilan anak berusia antara 20-an hingga 45 tahun.

myMetro 16 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment