March 16, 2016

Lembu curi rentung


FOTO Mohamad Ishak

Jertih: Dua lelaki selamat manakala seekor lembu rentung apabila sebuah kereta tiba-tiba terbakar di Kampung Bukit Kenak, di sini, 4 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, dua lelaki berkenaan dikatakan cuba melarikan diri selepas kenderaannya diekori polis kerana disyaki mencuri lembu.

Bagaimanapun, kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an itu dari arah Kuala Terengganu ke Jertih tiba-tiba berasap dan terbakar sebaik tiba di kampung terbabit.

Anggota polis yang mengekori kenderaan berkenaan berjaya menahan seorang daripada lelaki terbabit manakala rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, lembu yang dipercayai dicuri itu tidak sempat dibawa keluar dan terbakar bersama kenderaan terbabit.

myMetro 16 Mac 2016


Suspek curi lembu 'rentung' maut

Jertih: Seorang daripada suspek kes curi lembu 'rentung' yang ditahan polis di Kampung Bukit Kenak, dekat sini, disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Besut, 2.10 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa berumur 48 tahun dari Machang, Kelantan, meninggal dunia dipercayai akibat cedera dalaman selepas terbabit kemalangan yang menyebabkan kereta dinaikinya terbakar sekali gus mengakibatkan lembu dibawa dalam kenderaan itu rentung.

"Hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa yang dilakukan oleh Unit Bedah Siasat dari Hospital Kuala Lumpur, dijangka diketahui Sabtu ini," katanya hari ini.

Dalam kejadian 4 pagi semalam, mangsa ditahan polis ditempat kejadian kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Seorang lagi suspek sempat melarikan diri manakala seekor lembu yang berada dalam kereta berkenaan rentung apabila kereta jenis Nissan Cefiro dinaiki hangus terbakar selepas terbabit kemalangan di Kampung Bukit Kenak.

myMetro 17 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment