March 16, 2016

Lelaki maut kereta terbabas

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 122, Jalan Johor Bahru – Melaka, berhampiran Tanjung Laboh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, mangsa dikatakan gagal mengawal kereta dipandunya sebelum terbabas ke bahagian kanan jalan, dan masuk ke kawasan semak.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa, Lau Yu Siong, 40, memandu kereta  jenis Nissan Almera dari arah Batu Pahat.

"Tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaannya dan terbabas sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan parah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail dan telah dituntut oleh warisnya," katanya.

Menurut Din, hasil siasatan awal, cuaca baik dan tiada kesan brek di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 15 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment