March 13, 2016

Kereta terbakar di Kampung Tepi Sungai

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran kereta. FOTO ihsan Bomba

Pasir Mas: Kereta terbakar di Kampung Tepi Sungai, Gaung Tendong, Pasir Mas, 10.40 malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba Tunjong, Suhardi Zakaria berkata, kebakaran itu bermula di bahagian enjin.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pemilik ketika itu berada di dalam rumah.

"Kita mendapat panggilan kecemasan pada 10.44 malam dan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika sampai kita dapati bahagian enjin kereta sedang terbakar dan kami mengambil masa selama 10 minit untuk memadamkan api," katanya di sini, hari ini.

myMetro 11 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment