March 13, 2016

Kabus tebal jejas 10 penerbangan

ANTARA penumpang yang terkandas. FOTO ihsan pembaca

Kota Bharu: Lima penerbangan berpatah balik dan lima lagi terkandas di Lapangan Tebang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa disebabkan kabus tebal di antara 8 hingga 10 pagi tadi.

Lebih 1,000 penumpang turut terjejas masing-masing 500 bagi penerbangan keluar dari Kota Bharu dan 500 lagi dari luar yang ke bandar ini.

Pesawat yang terbabit termasuk empat daripada Firefly; dua Malindo Air, dua Air Asia dan dua Malaysia Airlines.

Pengurus Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Malaysia Airport Berhad, Ramzi Ahmad berkata, keadaan kabus agak tebal menyebabkan penerbangan yang dalam perjalanan ke Kota Bharu terpaksa berpatah balik kerana sukar mendarat.

Ia termasuk dua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), satu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan dua dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, katanya.

"Namun selepas 10 pagi, jadual penerbangan berjalan seperti biasa," katanya.

myMetro 11 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment