March 29, 2016

Kehilangan warga emas berakhir dengan penemuan mayat


Mayat mangsa ditemui di tali air, semalam.- Foto: Ihsan Bomba

KOTA BHARU - Kehilangan seorang warga emas sejak tiga hari lalu, akhirnya terjawab selepas ditemui meninggal dunia.

Mayat Malik Sulaiman, 65, ditemui terapung di tali air berdekatan jambatan Tok Cha Keling, berhampiran sempadan daerah Bachok, jam 9 pagi semalam.

Bapa saudara mangsa, Abdul Ghani Jusoh, 65, berkata, anak saudaranya itu tinggal dengan kakaknya, Che Som Sulaiman.

“Dia (mangsa) memang suka keluar berjalan-jalan dan tetapi kami tak sangka dia hilang dan gagal dikesan sejak tiga hari lalu,” katanya ketika ditemui.

Abdul Ghani berkata, selepas dikesan hilang, usaha mencari dilakukan namun gagal dikesan.

“Sehinggalah mangsa ditemui terapung semalam meninggal dunia pagi tadi (semalam).

“Kami terima pemergiannya dan jenazah disemadikan di kampung berdekatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan kejadian

Operasi mengeluarkan mayat mangsa diketuai Pegawai Bomba 1, Ahmed Mazdan Jusoh  bersama tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok.

Sinar Harian 29 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment