March 28, 2016

JKM cari maklumat kes buang bayi


Bayi yang ditemui ini diletakkan di bawah jagaan JKM.

SUNGAI PETANI – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes pembuangan bayi di Taman Cendana, di sini, 9 Disember lalu, tampil memberikan maklumat.

Penolong Pegawai JKM Kuala Muda, Faezah Nadiah Md Sairy berkata, bayi yang ditemui itu diletakkan di bawah jagaan JKM.

Menurutnya, kini pihaknya sedang mencari waris bagi melancarkan permohonan pendaftaran lewat kelahiran bayi berkenaan.

“Sekatan media berhubung Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 telah diketepikan bagi membolehkan carian waris dilakukan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta tampil atau menghubungi Pejabat JKM Daerah Kuala Muda di talian 04-4204900,” katanya.

Sinar Harian 28 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment