March 4, 2016

Jumpa rangka dalam belukar

Nilai: Rangka manusia dipercayai ditanam di kawasan belukar di tepi tangki air berhampiran Taman Pinggiran Bayu, Mantin, ditemui tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, rangka terbabit ditemui orang awam yang melalui kawasan itu, 12.30 tengah hari tadi.

"Orang awam yang menemui rangka itu menghubungi polis dan pasukan forensik segera ke lokasi untuk menjalankan siasatan. Rangka itu ditemui separa tenggelam dan hancur dipercayai sudah lama ditanam.

"Rangka terbabit dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk siasatan bagi mengenal pasti jantina dan identiti mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

myMetro 3 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment