March 4, 2016

Ajal rempuh tiang elektrik

FOTO Mohd Shafik Zainol Abidin

Melaka: Pemandu Perodua Kancil maut selepas kereta dipandu hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Bukit Apit, Air Limau, Alor Gajah, 6.30 petang semalam.

Mangsa, Abdul Hazim Abdul Razak, 25, pekerja sebuah kilang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah di pinggang.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa memandu dari Alor Gajah menghala ke Masjid Tanah.

"Ketika sampai di lokasi kejadian kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan, ketika kejadian keadaan permukaan jalan kering dan cuaca baik," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut Jalan (APJ)1987.

myMetro 4 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment