March 4, 2016

Padah tumpang motosikal 'jantan' 1 pagi

Kajang: Akibat menumpang motosikal ‘jantan’ pada 1 pagi, remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol di taman permainan di Bandar Seri Putra, di sini, semalam.

Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berjumpa rakannya dirogol lelaki berusia 23 tahun dikenalinya yang juga pengawal keselamatan perumahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mangsa yang pulang ke rumah pada kira-kira 4 pagi didesak oleh ibunya untuk menjelaskan mengapa pulang lewat.

"Remaja perempuan yang juga pelajar tingkatan 3 itu mengaku dia dirogol oleh pengawal keselamatan. Sebaik mendengar pengakuan mangsa, ibunya terus membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan laporan itu, polis menahan suspek di rumahnya di Bandar Seri Putra dan direman selama empat hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

myMetro 3 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment