March 6, 2016

Jaga dituduh bunuh

Klang: Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Taman Perindustrian Sobena Jaya, Pandamaran, 19 Februari lalu.

V Rivendran dan A Luventhiran masing-masing berusia 20 tahun dituduh secara bersama membunuh K Segaran, 31, pada jam 5.25 pagi.

Kedua-dua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Ahmad Feisal Mohd Azmi.

Mengikut pertuduhan, mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dituduh melakukan kesalahan itu di PT 4184, Jalan Selat Selatan 7/KS 5, Taman Perindustrian Sobena Jaya, Pandamaran.

Bagi kesalahan itu, mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Majistret menetapkan 5 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliah Atiqah Razali.

myMetro 5 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment