March 9, 2016

Ibu maut, anak parah ketika ke sekolah

SIK - Seorang ibu maut manakala anak perempuannya patah kaki kiri selepas motosikal mereka berlanggar dengan sebuah kereta di Charuk Malau, Batu 5 di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika Norazilah Md Saad, 38, yang bekerja sebagai operator kilang mahu menghantar anaknya Siti Nur Humairah Yasak, 14, ke Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lima.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal anak-beranak itu yang datang dari arah Batu 8 menuju Batu 5 berlanggar dengan sebuah kereta yang keluar dari simpang jalan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sik begitu juga dengan anaknya. - Bernama

8 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment