March 9, 2016

Peneroka maut cedera parah


Mayat mangsa ditutup dengan kain selepas terlibat kemalangan di Jalan Merak Felda Bukit Easter, kelmarin.

KOTA TINGGI - Seorang peneroka Felda maut selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan sebuah motosikal di Jalan Merak Felda Bukit Easter, kelmarin.

Mangsa, Daud Maharani, 65, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan kira-kira jam 7.50 pagi itu dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Suzuki R150 ditunggang pelajar hilang kawalan semasa menuruni cerun dan melanggar hadapan motosikal mangsa jenis Suzuki RGV.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke bahu jalan sebelah kiri dan mengalami cedera parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sementara pelajar terbabit turut cedera dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati, kawasan kejadian merupakan jalan dua hala yang lurus dan kawasan cerun menurun serta tiada garisan pembahagi jalan.

“Permukaan jalan kering dan cuaca baik. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sinar Harian 8 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment