March 9, 2016

Warga emas ditemui hampir reput

TAIPING - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan hampir reput dan berulat di kediamannya di Kampung Pinang, Kamunting di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, mangsa dikenali sebagai Aziz Sharif, 60, ditemui pada jam 8.15 pagi oleh pihak polis.

Beliau berkata, pihaknya pergi ke rumah lelaki itu selepas seorang jiran membuat laporan polis kerana mendakwa telah beberapa hari tidak melihat Aziz yang tinggal bersendirian.

"Pemeriksaan polis mendapati tiada kesan luka atau kesan yang boleh menyebabkan kematian dan tiada unsur jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat. - Bernama

6 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment