March 20, 2016

Ibu kakitangan Media Prima meninggal dunia

Georgetown: Ibu kepada Pengurus Besar Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan, Kumpulan Media Prima Berhad Abdul Wahab Mohamad, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Sungai Nibong Kecil, di sini, selepas solat Asar semalam.

Abdul Wahab, 54, ketika ditemui berkata, arwah ibunya, Puteh Abdul Wahab, 84, menghembuskan nafas terakhir jam 5.10 pagi di rumah anak ketiganya, Mohamad Fuad Mohamad di Kajang, Selangor akibat sakit tua.

Beliau berkata, arwah ibunya itu pada mulanya dimasukkan ke Hospital Serdang pada 14 Februari lalu selepas menghidap demam panas dan hilang selera makan sebelum keadaan arwah kembali pulih.

Katanya, selepas keluar dari hospital kelmarin, keadaan arwah ibunya tiba-tiba bertukar menjadi lemah dan disahkan meninggal dunia jam 5.10 pagi.

“Arwah ibu berpesan kepada anak supaya jenazahnya dikebumikan bersebelahan pusara arwah bapa, Mohamad Hassan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Nibong Kecil yang meninggal dunia pada 2002,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Al-Huda, Sungai Ara, di sini, semalam.

Puteh meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan iaitu Abdul Wahab, 54, Mohamad Fauzi, 53, Mohamad Fuad, 52, dan Rabaah Adawiyah, 45, serta 16 cucu.

myMetro 19 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment