March 20, 2016

Wanita maut bertembung bas ekspres

Mersing: Seorang wanita berusia 33 tahun maut selepas kenderaan dinaiki bersama empat ahli keluarganya terbabit kemalangan dengan sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kilometer 3, Jalan Endau-Mersing di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu mengakibatkan mangsa, Norliana Azam, maut di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah berpunca rempuhan kuat.

Kemalangan itu turut mengakibatkan anak perempuannya, Wan Aisah Wan Ismail, 12, mengalami cedera ringan.

Mangsa yang menaiki Proton Saga bersama suami serta tiga anaknya dalam perjalanan bercuti dari Kemaman Terengganu ke Johor Bahru.

Kenderaan dinaiki mangsa bagaimanapun dirempuh sebuah bas dari arah belakang mengakibatkan yang dalam perjalanan ke bandar Mersing.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan M Kumar ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu.

Katanya pemandu bas berusia 51 tahun yang berasal dari Kuantan ditahan bagi membantu siasatan.

"Bas berkenaan membawa 30 penumpang dan dalam perjalanan dari Kuantan ke Johor Bahru, selain kenderaan itu kini di bawa ke IPD Mersing," katanya.

myMetro 18 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment