March 26, 2016

Ditahan ceroboh tandas wanita


Kau ni dah kenapa...

Shah Alam: Lelaki berusia 22 ditahan polis kerana menceroboh tandas perempuan sebuah sekolah agama di Seksyen 19, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek ditahan kira-kira jam 4 petang oleh beberapa guru yang dimaklumkan mengenai kejadian.

Beliau berkata, sebelum ditahan, suspek memasuki kawasan sekolah melalui longkang sebelum masuk ke tandar pelajar perempuan dipercayai untuk mengintai.

"Suspek juga cuba memeluk seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun namun tidak berjaya dan kejadian itu dimaklumkan pelajar terbabit kepada guru.

"Disebabkan takut ditahan, suspek terus melarikan diri sebelum kembali semula untuk melakukan kesalahan sama beberapa jam kemudian dan akhirnya berjaya ditahan di kawasan sekolah," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan (KK) kerana menceroboh dan direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.

myMetro 22 Mac 2016


Lelaki merangkak masuk longkang skodeng pelajar perempuan

Seorang lelaki sanggup merangkak masuk melalui longkang sebuah sekolah agama di Seksyen 19, di sini, untuk mengendap pelajar perempuan sekolah itu.

Pelajar kolej swasta berusia 22 tahun itu bagaimanapun berjaya ditahan oleh beberapa guru dalam cubaan keduanya masuk ke sekolah berkenaan untuk melakukan perbuatan sama jam 4 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek pada mulanya dikesan masuk ke sekolah berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari hari sama melalui longkang dan menceroboh masuk ke tandas pelajar perempuan.

Beliau berkata, suspek yang bersembunyi di dalam sebuah tandas kemudian cuba memeluk seorang pelajar berusia 11 tahun yang masuk ke tandas itu seorang diri.

“Mangsa berjaya melepaskan diri dan segera keluar untuk memaklumkan kepada pihak sekolah. Suspek turut melarikan diri kerana bimbang ditahan.

“Pihak sekolah yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian mengunci tandas pelajar perempuan bagi mengelak kejadian sama berulang. Namun suspek dilihat sekali lagi menceroboh masuk ke kawasan sekolah berkenaan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

myMetro 23 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment