March 26, 2016

Ajal dua sahabat

Mayat dua sahabat yang lemas. FOTO Syafiq Ambak

Kuala Terengganu: Dua murid tahun empat ditemui lemas di sungai Kampung Pulau Rusa, di sini,kira-kira jam 5 petang tadi.

Difahamkan, Muhammad Nur Iman Mamat,10, dan Muhammad Aiman Muqriz Abdullah, 10, dikatakan memancing di sungai berkenaan sebelum air pasang dan mengakibatkan mereka lemas.

Dua sahabat dari Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Burung itu dikatakan keluar dari rumah kira-kira 12.30 tengah hari untuk menunaikan solat Jumaat sebelum pergi memancing di sungai berkenaan.

Bagaimanapun, kehilangan dua sahabat itu disedari penduduk kampung selepas terlihat dua basikal di tepi sungai berkenaan.

Curiga dengan keadaan itu, beberapa penduduk kampung bertindak menyelam ke dalam sungai sebelum menjumpai mayat dua mangsa.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

myMetro 25 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment